Bagi tahun 1997, Kempen Cara Hidup Sihat yang bertemakan "Makan UntukKesihatan" memberikan penekanan kepada aspek-aspek tabiat makan yang buruk di kalangan masyarakat Malaysia umumnya. Tabiat buruk ini telah diakui boleh mendatangkan pelbagai implikasi ke atas status kesihatan masyarakat seperti masalah obesiti, diabetis, penyakit jantung koronari dan sebagainya.
Pengambilan makanan pada asasnya merupakan satu keperluan asasi untuk manusia terus hidup dan merangkumi bidang yang luas. Untuk tujuan kempen ini, 4 aspek utama akan diberikan penekanan iaitu seperti berikut;
Pengamalan diet yang sihat Makan pelbagai jenis makanan Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal Pilih diet yang tinggi kandungan bijian, kekacang dan legumes Makan lebih sayuran dan buah-buahan
Banyakkan minum air (6-8 gelas sehari)
Pilih diet yang mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah
Pilih diet yang mengandungi gula dan garam yang rendah Makan makanan yang bersih dan selamat
Mengekalkan berat badan yang ideal / sesuai · Kepentingan untuk mengetahui tahap BMI / WHR · Melakukan senaman secara berterusan / berkala
Memahami perlabelan makanan · Kepentingan memahami perlabelan makanan dan kandungan nutrien
Menyediakan makanan yang sihat di premis makanan
Kantin di Jabatan Kerajaan
Hotel dan restoran
Kantin sekolah
Penjaja dan makanan segera
Posted on Sunday, November 26 @ 13:28:24 EST by khazanah
Login
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.