Bagi tahun 1997, Kempen Cara Hidup Sihat yang bertemakan "Makan Untuk Kesihatan" memberikan penekanan kepada aspek-aspek tabiat makan yang buruk di kalangan masyarakat Malaysia umumnya. Tabiat buruk ini telah diakui boleh mendatangkan pelbagai implikasi ke atas status kesihatan masyarakat seperti masalah obesiti, diabetis, penyakit jantung koronari dan sebagainya.
Pengambilan makanan pada asasnya merupakan satu keperluan asasi untuk manusia terus hidup dan merangkumi bidang yang luas. Untuk tujuan kempen ini, 4 aspek utama akan diberikan penekanan iaitu seperti berikut;
|